Sunday, January 8, 2017

Ebook Inspirasi Bekerja dari Rumah

Ebook Inspirasi Bekerja dari Rumah

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Bila diperkenalkan dengan Ebook Inspirasi Bekerja dari Rumah ni membuatkan saya kagum dengan kehebatan wanita-wanita di luar sana.. Terutamanya yang bermula sebagai seorang suri rumah, berusaha mencari modal sendiri tanpa membebankan suami dan akhirnya dapat menghasilkan satu bisnes yang mampu membantu ekonomi keluarga. Sangat hebat pengalaman mereka dan wajar sekali mereka menjadi inspirasi buat wanita lain di luar sana.

Membaca pengalaman 9 wanita hebat di dalam ebook ini memberi saya gambaran terperinci setiap langkah yang mereka ambil dalam usaha membangunkan bisnes masing-masing. Pengalaman pahit manis mereka sepanjang perjalanan perniagaan boleh dijadikan panduaan dan motivasi untuk terus kekal dengan aura positif walaupun ada halangan mendatang.

Kesemua wanita-wanita ini datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang telah sedia ada kerjaya professional dan ada yang memang sedari awal merupakan seorang suri rumah. Apa pun pekerjaan mereka ketika itu tidak begitu penting , ternyata semangat dan minat yang menjadi pemangkin dan pembakar kejayaan mereka.

Dalam ebook ini juga kita akan didedahkan dengan strategi dan langkah demi langkah yang mereka ambil dalam usaha untuk menempa kejayaan seperti sekarang. Bagaimana mereka bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum terjun dalam bidang perniagaan. Apa strategi yang mereka gunakan dan adakah strategi yang mereka gunakan itu berjaya? Atau mungkin mereka perlu mencari strategi baru yang lebih sesuai dengan situasi ketika itu?

Ada juga yang bermula sekadar suka-suka yang akhirnya terpaksa berjaya. Pelbagai pengalaman usahawan yang dikongsikan dalam ebook ini . Di antaranya ialah usahawan peniaga jalanan, usahawan buku islamik, usahawan kulit tart, usahawan pusat tuisyen, usahawan perunding hartanah, usahawan perniagaan bazar, usahawan produk kraf dan jahitan, usahawan tudung online dan yang terakhir usahawan kiosk tudung.

Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah mengenai seorang usahawan yang sudah punya kerja tetap, tapi masih terus bersemangat berbisnes di sebelah malam sehingga pukul 3 pagi dan keesokan harinya terus sambung bekerja seperi biasa. Allah, semangat yang sangat hebat. Ada juga usahawan yang berbisnes dengan niat membantu masyarakat sekeliling. Tak kurang juga yang bermula dengan niat untuk mencari pendapatan yang halal, disamping dekat dengan keluarga tapi secara tak langsung bisnes yang beliau lakukan memberi peluang pada beliau untuk menjana saham akhirat. Dan beliau sendiri melakukan beberapa special projek dengan niat menginfaqkan usaha dan tenaga untuk keperluan masyarakat. Subhanallah, sangat terinspirasi selepas membaca kisah mereka.


"Saya telah mendapat teguran berkenaan pakaian saya digantung terlalu rendah menyebabkan orang di pasar tidak nampak dan kurang menonjol di mata mereka".

"Setelah pemergian anak saya akibat kanser dan mengandung anak kedua, saya berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dari rumah. Dari situ timbulnya idea untuk memasarkan buku Islamik kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris"

"Bilik yang dikhaskan untuk bakeri saya tidak dapat menampung barang yang semakin bertambah. Ruang tamu saya dipenuhi dengan tepung dan oven-oven".



Apa yang dapat saya simpulkan ialah, disebalik kejayaan kesemua wanita ini, terdapat sokongan dari keluarga yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka. Dan persamaan kesemua mereka ialah, mereka sentiasa mencari waktu dan mencari jalan untuk pastikan mereka punya banyak masa untuk bersama keluarga di samping meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

Diharapkan ebook ini mampu memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana untuk terus bersemangat memulakan bisnes mereka mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Saya pasti ada kehidupan yang akan berubah selepas membaca ebook ini. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

No comments:

Post a Comment